HartanahHot.Com - Real Estate Agent And Property Listing Online Portal

2018-11-20
Pengecualian yang dibenarkan untuk Real Property Gain Tax

 Pengecualian yang dibenarkan untuk RPGT.

--------------------------------------------------------------------

.

Ramai pemilik hartanah KEDIAMAN beranggapan jumlah yang dikenakan RPGT adalah pada keuntungan kasar dari hasil jualan.

Sebenarnya anggapan ini adalah meleset sama sekali 100%. Malah ada yang membiarkan pengiraan dilakukan oleh peguam tanpa mengira kos - kos yang di benarkan untuk pengecualian.

Pengecualian yang dibenarkan :

🎯 Pelupusan dalam masa atau sebelum tempoh 5 tahun sekali seumur hidup pengecualian RPGT.

🎯 Pelupusan di antara ibubapa dan anak - anak, suami isteri, atuk dan cucu atau sebaliknya.

🎯 Pengecualian Rm10k atau 10% dari keuntungan bersih semasa pengiraan RPGT (mana yang tertinggi).

🎯 Kerugian dari pelupusan hartanah (tiada untung).

.

Manakala kos - kos yang dibenarkan untuk ditolak dari keuntungan jualan adalah :

🎯 Repair dan renovation

- Simpan semua receipt, invoice dan plan untuk lampiran.

🎯 Penambahan premium leasehold

- Contoh ; tambah dari 33 tahun ke 99 tahun. Simpan receipt dan invoice untuk lampiran.

🎯 Kos - kos untuk defend title

Contoh : Mengeluarkan kaveat dari title.

🎯 Real estate agency fee

Jangan takut untuk hire agent. Ini perbelanjaan yang dibenarkan untuk di tolak.

🎯 Surveyor fee.

🎯 Valuer fee.

🎯 Legal fee.

🎯 Accountant fee (jika terlibat).

🎯 Stamp duty.

🎯 Kos pengiklanan untuk mendapatkan pembeli.

.

Transaksi hartanah yang tidak dikenakan RPGT atau tidak tertakluk pada Real Property Tax Act 1976 :

🎯 Pindah milik antara suami isteri

🎯 Pindah milik kepada waris dari si mati.

🎯 Pindah milik dari individu kepada syarikat yang dimiliki.

🎯 Asset digunakan untuk cagaran hutang bank.

🎯 Pengambilan dari kerajaan.

🎯 Pelupusan hartanah untuk kebajikan.

.

Contoh (gambar) di bawah adalah pelupusan yang mengambil kira pengecualian dan tolakan yang di benarkan.

Harga jualan (-) Harga S n p = Untung Kasar.

Untung kasar Rm100k.
Rpgt rate untuk 2 tahun pertama 30%.
Rpgt yang dikenakan cuma Rm3k plus jer.
(JANGAN AMBIL BULAT - BULAT 30% × untung) ini persepsi yang salah.

.

Harga S n p tidak semestinya harga sebenar yang dibeli 😆.

.

Kesimpulannya : Jangan takut untuk dispose property kurang dari 5 tahun. Buat kira - kira dulu dan anggarkan cukai yang perlu dibayar.

Jika berbaloi, why not dispose??

<a class="_58cn" href="https://www.facebook.com/hashtag/silakanshare?source=feed_text" data-ft="" style="color: rgb(54, 88, 153); cursor: pointer; text-decoration-line: none; font-family: inherit;">#silakanshare

Read the rest of this article >>
2018-11-20
Cara Pengiraan Real Property Gain Tax

 Tips #1 untuk mengurangkan bayaran RPGT :

.

🎯 Hire property ejen.

🎯 Spend untuk repair / renovation.

🎯 Gunakan pengecualian Rm10k / 10% chargeable gain.

🎯 Stamp duty.

🎯 Legal fee.

Contoh :

Untung kasar = Rm100k
(-) Agency fee = Rm10k
(-) Repair = RmRm40k
(-) Pengecualian = Rm10k
(-) Stamp duty = Rm6k
(-) Legal fee = Rm5k

Chargeable gain = Rm29k

Rpgt = Rm29k x 5%

*RPGT charge Baru Rm1450 bro.

*Kau ambillah untung Rm yang selebihnya tue.

.

Moralnya : Jangan pergi bayar Rm5k. Melainkan untung terlebih dan malas nak buat kira - kira. 😆😆

Read the rest of this article >>
2017-10-06
Potensi Bandar Country Homes Rawang, dari sudut pandangan ejen hartanah Bandar Country Homes Rawang

 

 

BANDAR COUNTRY HOMES RAWANG

 

Bandar Country Homes (BCH) Rawang adalah salah satu kawasan kediaman yang terletak di Rawang. Jarak dari Bandar Country Homes ke Pusat Bandar Rawang lebih kurang 8KM. Bandar Country Homes Rawang dibangunkan pada tahun 1995 oleh TANCO HOLDINGS BERHAD di atas tanah seluas 700ekar yang berkonsepkan “MIXED DEVELOPMENT iaitu terdiri dari jenis BUNGALOW, SEMI D, TERES, PANGSAPURI KOS SEDERHANA dan RENDAH dan juga RUMAH KEDAI. Kesemua tanah di kawasan kediaman ini berstatus Pegangan bebas (FREEHOLD) ataupun dalam kata yang mudah ia adalah hakmilik kekal si pembeli. Walaupun banyak hartanah baru yang sedang dibangunkan sekitar bandar country homes Rawang namun kebanyakkannya adalah berstatus PAJAKAN ataupun LEASEHOLD.

 

Taman perumahan ini dibahagikan mengikut fasa bermula dari fasa 1 sehingga ke fasa 13. Setiap jalan di taman ini disebut dengan jalan desa, sebab itulah bandar country homes juga di sebut dengan panggilan taman desa. Populasi penduduk di bandar country homes Rawang mencecah 60,000 orang yang terdiri dari berbilang kaum. Terdapat pelbagai kemudahan yang tersedia di bandar country homes Rawang yang menjadikan kawasan ini ideal bagi mereka yang inginkan taman perumahan yang lengkap dengan segala kemudahan.

 

Antara kemudahan yang terdapat di Bandar Country Homes Rawang :-

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa 2, Sekolah Kebangsaan Taman Desa, Sekolah Kebangsaan Taman Desa 2, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Emerald, Masjid (Masjid Cahaya Iman), AMBANK,Petron, Shell, Petronas, Balai Polis, Anggun City, NSK, Econsaves, Mcdonalds, KFC, 7 Eleven, Klinik 1 Malaysia, & banyak lagi.

 

BOOSTER DI Bandar Country Homes Rawang :

 

Apabila sesuatu tempat terdapat pelbagai kemudahan yang di bangunkan maka harga hartanah di kawasan tersebut akan naik mendadak dalam masa tempoh yang singkat.Antara BOOSTER utama yang mendorong kenaikan hartanah di bandar country homes Rawang ialah dengan adanya pusat beli belah terbesar di Rawang iaitu AEON JUSCO. Sejak Aeon Jusco dibuka pada tahun 2011, pasaran hartanah di Bandar Country Homes terus meningkat sehingga 2 kali ganda. Di tambah pula Anggun City yang di bina bersebelahan Aeon Jusco menambahkan lagi BOOSTER di kawasan ini.

 

Dengan adanya Pusat Beli Belah Aeon Jusco malah di tambah pula dengan jaringan akses jalanraya yang mudah seperti LATAR Highway, PLUS & Guthrie menambahkan lagi BOOSTER di Bandar Country Homes Rawang. Maka pemaju-pemaju semakin rancak membina projek baru di sekitar Bandar Country homes Rawang. Kalau dulu, pemaju-pemaju yang melabuhkan projek di sekitar bandar country homes Rawang adalah pemaju berstatus sederhana. Tapi kini projek-projek dari pemaju yang berstatus tinggi pun sudah berani melabuhkan projek di sekitar Bandar Country Homes Rawang. Antaranya M Residence (Mahsing Group Berhad), TAMANSARI (BRDB), Fields of Gold (PRIMARC), Kota Emerald (Guocoland) & Saujana Rawang (GLOMAC).

 

PROSPEK AKAN DATANG DI BANDAR COUNTRY HOMES RAWANG :

 

 

Pernah dengar THE TWO? Kompleks beli belah terbesar di Malaysia akan di bina di rawang. Tanah seluas 20.4 hektar yang menelan belanja RM2 billion akan di bangunkan untuk menjadi sebuah kompleks beli belah yang tercanggih dan termoden. Cadangan tapak projek mega ini hanya terletak kira-kira 2km dari bandar country homes. Sekiranya kenyataan ini benar, maka harga hartanah di sekitar Bandar Country Homes Rawang akan naik lagi sekali secara mendadak. Jadi, apa tunggu lagi, segeralah miliki hartanah di rawang terutamanya di bandar country homes dan sekitarnya sebelum pasaran hartanah disini melambung naik.

Read the rest of this article >>
2017-10-06
Potensi Bandar Tasik Puteri Rawang, dari sudut pandangan ejen hartanah Bandar Tasik Puteri Rawang

 

 

 BANDAR TASIK PUTERI RAWANG

 

Bandar Tasik Puteri yang terletak di Rawang merupakan kawasan yang dikatakan ‘HOT’ sekarang ini. Ini kerana, pasaran hartanah di rawang semakin meningkat naik dengan adanya pelbagai BOOSTER baru. Namun harga hartanah di bandar tasik puteri Rawang masih dikatakan mampu milik. Bagi sesiapa yang mencari rumah teres dengan harga yang mampu milik, Bandar Tasik Puteri Rawang lah tempat yang anda harus cari. Bandar Tasik Puteri Rawang terletak di antara Batu Arang dan Kundang. Anda boleh sampai ke Bandar Tasik Puteri dari Rawang melalui Jalan Batu Arang selepas Country Homes. Kini Bandar Tasik Puteri Rawang boleh diakses dari jalan raya yang baru siap pada bulan Jun 2017 iaitu LATAR INTERCHANGE yang menghubungkan bandar tasik puteri dengan Bandar Rawang dan juga GUTHRIE Highway.

 

Apa lagi yang menarik tentang Bandar Tasik Puteri Rawang ini? Bandar Tasik Puteri Rawang bukan sahaja rumah nya yang masih murah, populasi penduduk di Bandar Tasik Puteri Rawang ini 90% adalah melayu. Seolah-seolah macam perkampungan melayu. Jumlah penduduk dianggarkan lebih kurang 70,000 orang. Jadi bagi yang mencari kawasan yang ramai penduduk melayu, inilah tempat yang anda inginkan.

 

Bandar Tasik Puteri Rawang dibangunkan atas tanah seluas 2670 ekar yang rata-rata berstatus PAJAKAN (LEASEHOLD). Pemaju yang bertanggungjawab membangunkan kawasan ini adalah LOW YAT GROUP Kawasan kediaman ini terdiri daripada pangsapuri, rumah teres setingkat dan 2 tingkat, Semi-D dan bungalow. Pelbagai kemudahan disediakan untuk penduduk di dalam Bandar Tasik Puteri Rawang seperti masjid, balai polis, pejabat pos, taman-taman, kawasan rekreasi, taman permainan, dan sekolah-sekolah termasuklah SK Bandar Tasik Puteri Rawang, SM Bandar Tasik Puteri Rawang, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Rawang dan SJKC Kundang. Bagi penggemar sukan Golf anda tak perlu pergi jauh sampai ke shah alam atau subang, di Bandar Tasik Puteri Rawang pun terdapat tempat untuk bermain golf, iaitu Tasik Puteri Golf & Country Club.

 

Kemasukan projek-projek perumahan seperti M Residence (MAH SING GROUP), kemudahan-kemudahan berdekatan (seperti AEON Anggun Rawang) dan akses yang baru (LATAR INTERCHANGE) akan dapat membantu pasaran hartanah di Bandar Tasik Puteri Rawang. Malah di katakan akan di bina sebuah kompleks beli belah di Bandar Tasik Puteri Rawang yang di namakan PUTERI MALL. Papan tanda projek sudah di naikkan, sekiranya siap kompleks beli belah Puteri Mall ini, maka hartanah di Bandar Tasik Puteri Rawang akan melonjak naik.

 

Read the rest of this article >>
2017-10-03
Lembah Keramat antara lokasi terbaik kediaman, pandangan dari ejen hartanah Keramat

 

Lembah Keramat terletak paling hampir dengan Bandaraya Kuala Lumpur. Ia dihubungkan terus dengan Highway Duke, Akleh, Jalan Semarak, Jalan Ampang, Jalan Jelatek dan lebuhraya MRR2. Bagi yang bekerja di Petronas, boleh menggunakan lebuhraya AKLEH melalui Jalan Jelatek seterusnya bersambung terus dengan parking di KLCC.

 

Di lembah Keramat juga terdapat station LRT iaitu station lrt Damai, station lrt Dato' Keramat dan stesyen lrt Jelatek. Antara apartment yang hampir dengan station lrt di Keramat adalah Mawar Sari Apartment, Gurney Height Condominium, Pangsapuri Bukit Keramat, Menara Rajawali, Kelumpuk Camar, Kelumpuk Cemperling, Kelumpuk Bambu, Kelumpuk Tempua, Menara Jentayu, Kelumpuk Dahlia, Pangsamurni Keramat Jaya 2, Flat Enggang, Pangsapuri Bukit Baru, Kelumpuk Serindit, Menara Cenderawasih dan banyak lagi.

 

Kebanyakan status pegangan hartanah di Lembah Keramat adalah Leasehold atau Pajakan 99 tahun. Di Bukit Keramat dan Dato' Keramat, kebanyakan status pegangan Leasehold cuma tinggal di bawah 60 tahun. Bank masih lagi memberikan pinjaman untuk status tanah seperti ini cuma margin of financing akan semakin berkurangan seiring dengan tempoh pajakan Leasehold yang tinggal.

 

Keramat di bahagikan kepada beberapa bahagian iaitu Lembah Keramat, Taman Keramat Permai, AU 1 sehingga AU 5, Jalan Keramat Hujung, Jalan Datuk Keramat, Jalan Gurney, Jalan Kent, Jalan Maktab dan Jalan Damai. Majoriti populasi penduduk di Keramat adalah bumiputera. Antara kemudahan lain yang terdapat di Lembah Keramat adalah sekolah rendah dan menengah, hypermarket dan pasaraya seperti Jusco Aeon, Dewan perkahwinan, masjid, Pasar Datuk Keramat, Sekolah agama swasta dan banyak lagi.

 

Kesimpulannya, hartanah di Lembah Keramat dikategorikan sebagai hartanah yang berada di zon paling strategik dan paling hampir dengan pusat bandaraya Kuala Lumpur. Harga hartanahnya naik setiap tahun terutamanya hartanah kategori landed. Ini kerana pemaju sudah tidak membina hartanah kategori ini berhampiran pusat bandaraya Kuala Lumpur seperti rumah setingkat dan dua tingkat. Permintaan untuk tanah lot di kawasan sekitar Jalan Datuk Keramat juga sangat bagus. Kadar sewa untuk hartanah yang disewakan juga sangat konsisten.

Read the rest of this article >>