HartanahHot.Com - Real Estate Agent And Property Listing Online Portal

2015-04-06
Lokasi pilihan pembeli rumah

Di manakah lokasi yang sesuai untuk membeli rumah?

Ini antara soalan cepu emas yang biasa ditanya oleh client saya. Lokasi yang terbaik adalah di kawasan yang mempunyai jaringan kemudahan perhubungan awam yang baik, strategik, sekolah, masjid, kedai, hypermarket, kolej, kilang dan lain-lain.

 

Bagaimana pula dengan harganya?

Sudah semestinya harga di lokasi ini lebih tinggi dari kawasan yang belum matang. Kita ambil contoh Bangi dan Nilai. Harga rumah di Bangi lebih tinggi dari kawasan Nilai kerana kawasan itu telah matang.

Kita ambil contoh Bangi dan Shah Alam. Harga rumah di Shah Alam lebih tinggi kerana kawasan itu lebih dahulu matang dan berada di tengah-tengah jaringan pembangunan.

Boleh ke membeli rumah di kawasan yang belum HOT?

Anda perlu membuat kajian sebelum membuat keputusan untuk membeli hartanah di kawasan kurang hot. Lakukan kajian secara menyeluruh tentang township planning, unit perancang bandar, majlis daerah dan pejabat tanah. Pelabur dan pembeli yang bijak kebiasaannya melihat apa yang orang lain tidak lihat.

Comments