HartanahHot.Com - Real Estate Agent And Property Listing Online Portal
Permohonan pinjaman perumahan dari bank menjadi mudah sekiranya kita memahami kriteria bank.
Antara kriteria yang dilihat oleh bank :
â–º Rekod yang cantik
Setiap pinjaman seperti credit card, personal loan, kereta, rumah, term loan dan lain-lain yang berkaitan bank akan direkod oleh Bank Negara. Rekod ini dipanggil CCRIS.
â–º Gaji yang mencukupi
Beli ikut kemampuan. Harga rumah yang tinggi sesuai untuk gaji yang tinggi. Namun ada juga pembeli bijak yang menyertakan pendapatan tambahan dan simpanan jangka panjang untuk memudahkan kelulusan loan.
â–ºUmur yang mencukupi
Umur memainkan peranan. Lagi muda, lagi panjang tempoh pinjaman dan semakin kuranglah installment bulanan yang perlu dibayar.
â–ºKemampuan membayar
Syarat terbaru Bank Negara adalah pemiutang mampu membayar installment setelah ditolak semua installment hutang-hutan lain dan kos sara hidup bulanan termasuk tanggungan.
â–º Tabungan
Bank sangat suka sekiranya kita mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh. Tabungan seperti Fixed deposit, Tabung Haji, Unit amanah, Saham, ASB dapat membantu kelulusan pinjaman perumahan.