HartanahHot.Com - Real Estate Agent And Property Listing Online Portal
Terus menerus menyewa atau beli terus rumah?
Jawapan kepada soalan ini bergantung kepada pilihan dan perancangan masing-masing.
Sebahagian terus membuat keputusan untuk memiliki kediaman kerana suka dan minat deco rumah. Itu merupakan satu kepuasan hidup.
Ada yang menyewa kerana selalu berpindah tempat kerja seperti kedutaan.
Ada yang lain pula menyewa kerana tidak mampu untuk menyediakan deposit dan blacklisted bank.
Sebahagian kecil menyewa kerana kadar sewaan lebih rendah berbanding ansuran bulanan bank.
Sebahagian yang lain pula memadai dengan hanya menyewa kerana sewa bulanan dibayar oleh penyewa-penyewanya. Pada masa kini sudah tidak janggal lagi jika mendengar ada orang memiliki lebih dari satu hartanah. Ada dua, dua puluh, malah beratus. Kebanyakannya disewakan sebagai pasif income untuk membayar sewa bulanan rumah, kereta, percutian dan perbelanjaan lain.
Kesimpulannya, berusahalah untuk mula memiliki walau satu hartanah samada untuk disewakan atau untuk tinggal.