HartanahHot.Com - Real Estate Agent And Property Listing Online Portal

2015-04-06
Freehold vs Leasehold

Apakah yang dimaksudkan dengan Freehold?

Pegangan kekal sentiasa menjadi pilihan pembeli dan pelabur hartanah. Ini kerana :

1) Pindahmilik

Memudahkan urusan pindahmilik antara bumi ke non bumi dan sebaliknya. Ianya tanpa sekatan di pejabat tanah.

2) Harga yang stabil

Apabila dibandingkan, status Freehold harganya lebih tinggi berbanding Leasehold.

Pajakan atau Leasehold sentiasa sinonim dengan sekatan kepentingan pindah milik.

Apabila tempoh sesuatu pajakan hampir tamat, ianya perlu direnew semula. Kos renewal bergantung pada Keluasan tanah dan kedudukan tanah samada di bandar, pinggir atau kawasan luar bandar. Semakin besar dan strategik, semakin besarlah kosnya.

Bank amat menitik beratkan tempoh pajakan yang tinggal untuk hartanah yang bakal dibiayai. Kebiasaannya untuk hartanah yang kurang dari 70 tahun, harga pasaran yang ditetapkan oleh penilai bank semakin rendah.

Manakala untuk hartanah yang kurang 60 tahun, bank semakin keberatan untuk membiayai hartanah tersebut.

Comments
Comment By HASSAN, MOHAMMAD on 21/05/2019
Betul