HartanahHot.Com - Real Estate Agent And Property Listing Online Portal

2017-09-26
Membeli hartanah yang sukar untuk dijual semula.

 Di Malaysia terdapat baratus ribu hartanah jenis kediaman yang dibina dan dimiliki. Statistik tahun 2016 menunjukkan terdapat hampir 50% dari hartanah kediaman yang ingin dijual tidak dibeli. Mengapa boleh jadi begini?

 

Ok baik. Saya huraikan di sini jenis - jenis hartanah yang susah untuk dijual semula.

 

1) Hartanah strata

 

Hartanah strata adalah hartanah bertingkat contohnya flat, apartment, condominium, townhouse dan landed property yang berkongsi fasiliti dan maintenance. Hartanah strata senang untuk dijual jika mempunyai kemudahan lif dan diselenggara dengan baik. Fasiliti dan kebersihan yang dijaga dengan konsisten akan membuatkan nilai hartanah itu konsisten atau naik. Hartanah strata yang tidak mempunyai lif agak susah untuk dijual terutamana di tingkat paling atas. Ini kerana pembeli merasa sukar untuk mengangkut barang setiap kali ingin naik turun ke unit. Disamping itu, pembeli bakal menghadapi kesukaran jika dalam keadaan bekalan air terputus, untuk mengangkut air naik ke atas.

 

Hartanah strata amat diminati oleh golongan pelajar dan bujang untuk disewa. Ini kerana harga sewanya lebih murah dan pihak kolej boleh mengumpul kebanyakan pelajar - pelajarnya dalam satu - satu block hartanah strata. Tetapi ini juga akan menyebabkan keadaan faciliti hartanah strata itu mudah rosak contohnya vandalism.

 

2) Hartanah low cost

 

Hartanah low cost perlu melalui syarat - syarat tapisan untuk dijual beli atau di miliki. Contohnya di Selangor, syarat untuk menjual hartanah strata mestilah tidak kurang dari 5 tahun tempoh pegangan. Untuk dibeli pula, pembeli mesti belum mempunyai rumah di Selangor. Gaji pula tidak lebih dari Rm3000 bagi pembeli bujang dan Rm5000 bagi pembeli yang sudah berkahwin. Syarat yang lain pula, pembeli mestilah beli sebagai rumah pertama. Kesemua syarat - syarat ini akan membuatkan urusan transaksi jual beli hartanah melalui proses yang agak ketat sebelum berjaya.

 

3) Tanah Lot

 

Tanah lot yang mempunyai geran individu tidak mempunyai masalah untuk dijual semula. Ini kerana pembeli boleh mencagarkan geran kepada bank untuk mendapatkan pinjaman. Status tanah juga perlu diteliti. Syaratnya mestilah kediaman. Syarat kediaman yang ditunjukkan pada geran membolehkan pemohon pinjaman mengemukakan dua jenis permohonan loan iaitu pinjaman tanah dan pinjaman untuk memabngunkan rumah di atas tanah. 

 

Tanah lot yang tidak mempunyai geran individu atau lot lidi, tidak diberikan pinjaman oleh pihak bank. Ini kerana terdapat ramai penama di atas tanah itu. Pemilik tanah mestilah menyelesaikan proses bayaran premium, tukar syarat tanah dan ukur sebelum mendapatkan geran individu. 

 

4) View rumah

 

Sebelum membeli sesuatu rumah pastikan view sesebuah hartanah itu ok. Ok di sini bermaksud, tidak menghadap panas petang, tidak menghadap kolam pembentungan atau kumbahan, tidak berjiran dengan kabel bervoltan tinggi, tidak berdekadatan dengan pusat ternakan, tidak menghadap kubur dan sebagainya. Kesemua faktor ini akan membuatkan pemilik menghadapi kesukaran untuk menjual semula hartanah dengan harga yang diinginkan.

 

5) Bankrap

 

Sebelum memberi komitmen kepada sesuatu hartanah yang ingin dibeli, semak dahulu status pemilik di bahagian insolvensi. Ada beberapa kes dimana hartanah yang sudah melalui proses booking oleh pembeli, tidak dapat diteruskan urusan tandatangan perjanjian sewa beli. Ini kerana pemilik telah diisytiharkan bankrap oleh pihak insolvensi seterusnya tidak layak untuk menandatangani apa - apa perjanjian jual beli.

 

6) Lelong

 

Hartanah yang sedang melalui proses untuk dilelong kebiasaanya tidak dibenarkan oleh pihak bank untuk dijual jika tarikh lelongan hanya tinggal kurang dari satu minggu melainkan pemilik menyelesaikan baki tunggakan loan. Adalah menjadi tanggungjawab pembeli atau ejen hartanah untuk menyemak hartanah tersebut sebelum meletakkan apa - apa komitmen sebagai tanda jadi. Ini kerana pemilik kebiasaannya tidak memaklumkan perkara ini kepada pihak pembeli kerana khuatir hartanahnya susah untuk dijual.

 

7) Hartanah yang tidak mempunyai geran strata

 

Hartanah strata yang sudah melebihi 10 tahun tetapi belum mempunyai geran strata sudah tidak diberikan pinjaman oleh pihak bank. Ini banyak terjadi di negeri Selangor. Kebanyakan pemaju sudah diisytiharkan bankrap dan ditadbir oleh liquidator. Liquidator hanya membenarkan urusan jual beli jika sekiranya pemilik bersetuju untuk membayar sejumlah prosessing fee yang ditetapkan oleh liquidator. Seterusnya liquidator tidak bertanggungan untuk meneruskan urusan geran strata ke atas hartanah yang diduduki.

Comments