HartanahHot.Com - Real Estate Agent And Property Listing Online Portal

2014-07-18
Ejen Hartanah

Bagaimana memilih ejen hartanah untuk urusan jual beli hartanah?

Kebiasaannya antara perkara yang berlegar di fikiran pembeli adalah bagaimana untuk memilih ejen hartanah untuk urusan jual beli rumah. Jawapannya sungguh mudah. Pilihlah ejen yang berdaftar dengan LPPEH. Anda boleh semak di sini http://www.lppeh.gov.my/

Kenapa perlu ejen hartanah berdaftar?

Ejen hartanah berdaftar perlu melalui kriteria pemilihan yang ketat. Mereka perlu melalui kursus, seminar, exam, latihan, interview dengan pihak berwajib. Disamping itu segala etika kerja dikawal oleh badan berwajib. Disini pihak penjual tidak perlu risau sekiranya apa-apa masalah timbul dari pihak ejen anda boleh merujuk kepada pihak berwajib.

 

Ejen hartanah berdaftar yang bagaimana?

Ramai ejen hartanah berdaftar di luar sana. Di sini anda perlu lihat apa kriteria yang diperlukan. Contohnya : lokasi dan harga rumah. Jika sekiranya lokasi di Damansara dan nilai harganya berjuta-juta, anda perlu cari ejen yang mahir dan mempunyai senarai database dan network yang bagus di kawasan tersebut.

Berapa Fee ejen?

Yuran profeessional yang dikenakan oleh ejen kebiasaannya dalam 3% dari nilai jualan. Anda boleh merujuk kepada link berikuthttp://www.lppeh.gov.my/circulars.html. Namun begitu rundingan adalah budi bicara penjual dan ejen.

Apakah bidang kerja ejen?

Antara tugas ejen adalah memastikan hartanah yang diamanahkan dapat dijual dalam tempoh yang ditetapkan. Ini termasuklah penilaian harga semasa hartanah, tapisan pembeli, urusan pinjaman, urusan lantikan peguam dan lain-lain lagi. Tugas ejen adalah memastikan proses jual beli berjalan lancar dan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Comments