HartanahHot.Com - Real Estate Agent And Property Listing Online Portal

2014-07-19
Pinjaman Perumahan Kerajaan

Pinjaman Perumahan Kerajaan

Pinjaman ini hanya untuk kakitangan kerajaan yang telah disahkan jawatan. Kebiasaannya kelayakkan pinjaman adalah berdasarkan gred jawatan semasa memohon pinjaman. Anda boleh menyemak di bahagian pinjaman perumahan kerajaan Putrajaya ataupun dengan majikan di tempat kerja.

Terdapat banyak perbezaan di antara pinjaman perumahan kerajaan dan pinjaman bank.

a) Pemohon pinjaman perumahan kerajaan perlu menandatangani perjanjian jual beli dahulu kemudian baru menyerahkan permohonan pinjaman. Manakala pemohon pinjaman bank perlu memastikan pinjaman lulus sebelum menandatangani perjanjian jual beli.

b) Pemohon pinjaman perumahan kerajaan boleh mengemukakan permohonan pinjaman penuh taupun 100% dengan menepati nilai semasa hartanah.

c) Jangka masa transaksi urusan jual beli hartanah agak lama. Kebiasaannya melebihi 2 bulan berbanding pinjaman bank.

d) Perlukan peguam yang mahir dan biasa berurusan dalam urusan pinjaman kerajaan.

 

Cabaran pemohonan pinjaman kerajaan

Pinjaman perumahan kerajaan ada cabarannya terutamanya dari segi nilai semasa hartanah. Nilai semasa hartanah adalah berbeza di antara penilai yang dilantik oleh kerajaan dan swasta. Kebiasaannya penilai yang dilantik oleh kerajaan menilai lebih rendah hartanah berbanding penilai swasta.

Cabaran kedua adalah dari segi deposit pembelian. Penjual hartanah agak keberatan untuk menyetujui jumlah pinjaman penuh yang dimohon oleh pembeli. Ini ditambah pula dengan tempoh transaksi urusan yang lebih lama berbanding pinjaman bank.

Berdasarkan pengalaman saya selama 10 tahun sebagai perunding hartanah, anda perlu mempunyai pelan back up atau pun bersedia atas apa jua situasi yang timbul. Sebaik-baiknya sediakan sekurang-kurangnya sejumlah 10% dari harga belian.

Comments