HartanahHot.Com - Real Estate Agent And Property Listing Online Portal

2017-09-26
Segmen hartanah kediaman

Segmen hartanah kediaman ada empat iaitu :

 

1) Undercons

 

Rumah Undercons atau underconstruction adalah kategori rumah primary market di mana pembeli membeli terus dari developer. Terdapat banyak package yang ditawarkan untuk hartanah undercons iaitu rebate, low money down, early bird diskaun, voucher, furnish package, zero down payment, cash back, free legal fee, kereta, i phone dan macam - macam lagi. Hartanah undercons sangat sesuai untuk pembeli yang memiliki deposit yang minima dan tidak perlu untuk move in segera. Kebanyakan pelabur memilih untuk melabur di dalam segment hartanah undercons.

 

Kriteria yang perlu dilihat sebelum memilih unit undercons adalah seperti track rekod developer, design, lokasi development, facility, harga surrounding, package, komuniti, maturity area, booster aminities dan kejiranan. Memilih unit undercon biasanya tidak berdasarkan unit sebenar seperti yang dipamerkan di show house, show room dan show gallery. Pembeli mesti mempunyai daya imaginasi yang tinggi untuk membayangkan keadaan bila mana hartanah itu siap nanti.

 

2) Subsale

 

Rumah subsale adalah rumah second hand. Pembeli membeli rumah subsale dari vendor atau pemilik. Pembeli boleh melihat fizikal hartanah yang sebenar sewaktu membeli. Kebiasaannya apa yang dijual adalah dengan konsep as it is basis. Segala rundingan adalah secara terus dengan pemilik atau melalui agen hartanah. Untuk hartanah kategori subsale, pinjaman yang ditawarkan kepada pemimjam adalah 90% margin of financing. Pembeli perlu menyediakan deposit 10%. Disamping itu, kos- kos guaman, stamp duty, valuation dan repair perlu juga disediakan oleh pembeli. Bagi pembeli yang kurang deposit, mereka boleh mark up loan untuk cover deposit, dengan syarat harga rumah yang dibeli mestilah di bawah harga pasaran. Simpanan EPF akaun 2 juga boleh dikeluarkan untuk cover duit deposit.

 

Kelebihan membeli hartanah subsale adalah lokasi hartanah subsale kebanyakkan adalah mature contoh seperti rumah setingkat di Keramat, Ampang, Pandan, Gombak, Bangi, Cheras dan Kajang. Developer sudah tidak lagi membangunkan rumah - rumah setingkat di kawasan ini. Hartanah subsale seperti ini mempunyai demand yang tinggi kerana kebanyakan pemaju hanya memilih untuk membina hartanah bertingkat di kawasan bandar seiring dengan peningkatan kos construction, harga tanah dan penawaran tanah yang semakin terhad.

 

3) Lelong

 

Segmen hartanah lelong paling diminati oleh golongan flipper hartanah. Harga yang ditawarkan adalah rendah dibawah harga pasaran. Pembeli perlu membida. Bidaan tertinggi dikira menang unit lelong. Persediaan yang perlu kepada pembida adalah deposit 10% dari harga rumah, semak kelayakan loan, inspection unit, semak bil - bil tunggakan, semak status di pejabat tanah dan lain - lain.

 

Kelebihan membeli hartanah lelong adalah harganya yang murah. Namun pembeli perlu mempunyai modal secukupnya untuk membaik pulih hartanah sebelum dapat diduduki atau disewakan.

 

4) Tanah Lot

 

Tanah lot atau banglo lot adalah segmen hartanah kediaman untuk pembeli kategori veteran. Mereka biasanya mahu upgrade dari rumah teres kepada semi detached atau banglo. Ada 2 jenis tanah lot iaitu tanah lot individu dan lot lidi. Lot individu mempunyai geran individu manakala lot lidi adalah geran bersama. Lot individu boleh dicagarkan kepada bank manakala lot lidi hanya perlu melalui urusan transaksi tunai untuk jual beli.

 

Banyak perkara yang perlu diperhalusi oleh pembeli banglo lot sebelum membeli unit - unit tanah lot seperti infrastucture yang disediakan oleh pemaju, proses pindak milik penama, bayaran premium tukar status tanah, bayaran premium kepada pihak - pihak terlibat seperti Syabas, TNB, Indah water, proses meratakan tanah dan sebagainya. Di Kuala Lumpur dan Selangor, Kebanyakan tanah lot yang murah adalah berstatus Malay Reserve. Manakala status Freehold dan Leasehold harganya lebih tinggi dan kebiasaannya developer akan bangunkan untuk kediaman golongan elit.

Comments