HartanahHot.Com - Real Estate Agent And Property Listing Online Portal
Ada banyak strategi membeli rumah yang terbaik di antaranya :
1) Beli waktu muda
Ramai yang memberitahu ketika waktu mula-mula kerja tiada deposit rumah. Belilah pada harga yang mampu milik dulu. Cuba sedaya upaya untuk cukupkan deposit seperti bekerja part time dan menggunakan instrument kewangan dengan bijak.
2) Beli waktu tiada hutang
Beruntung jika masih tiada hutang. Kategori hutang ada hutang baik, ada hutang yang tak berbaloi. Jika berhutang pada pembelian asset yang nilainya akan bertamabah melebihi kadar hutang, adakah itu dikira hutang yang baik?
3) Beli ketika ramai tidak peka
Kebiasaan apabila sesuatu projek dilancarkan, tidak ramai yang tahu. Ini dipanggil soft launch. Waktu ini harganya adalah paling murah.
4) Beli ketika interest rendah
Ada ketikanya interest rate yang ditawarkan oleh pihak bank adalah rendah. Ini adalah ketika ekonomi negara dalam keadaan yang baik.
5) Beli ketika ekonomi gawat
Beranikah kita membeli banyak rumah ketika kegawatan ekonomi?
Kenapa?
Kerana waktu ini adalah Buyer's market. Penjual yang terdesak akan menurunkan harga rumah sampai terjual.