HartanahHot.Com - Real Estate Agent And Property Listing Online Portal

2018-11-20
Pengecualian yang dibenarkan untuk Real Property Gain Tax

 Pengecualian yang dibenarkan untuk RPGT.

--------------------------------------------------------------------

.

Ramai pemilik hartanah KEDIAMAN beranggapan jumlah yang dikenakan RPGT adalah pada keuntungan kasar dari hasil jualan.

Sebenarnya anggapan ini adalah meleset sama sekali 100%. Malah ada yang membiarkan pengiraan dilakukan oleh peguam tanpa mengira kos - kos yang di benarkan untuk pengecualian.

Pengecualian yang dibenarkan :

🎯 Pelupusan dalam masa atau sebelum tempoh 5 tahun sekali seumur hidup pengecualian RPGT.

🎯 Pelupusan di antara ibubapa dan anak - anak, suami isteri, atuk dan cucu atau sebaliknya.

🎯 Pengecualian Rm10k atau 10% dari keuntungan bersih semasa pengiraan RPGT (mana yang tertinggi).

🎯 Kerugian dari pelupusan hartanah (tiada untung).

.

Manakala kos - kos yang dibenarkan untuk ditolak dari keuntungan jualan adalah :

🎯 Repair dan renovation

- Simpan semua receipt, invoice dan plan untuk lampiran.

🎯 Penambahan premium leasehold

- Contoh ; tambah dari 33 tahun ke 99 tahun. Simpan receipt dan invoice untuk lampiran.

🎯 Kos - kos untuk defend title

Contoh : Mengeluarkan kaveat dari title.

🎯 Real estate agency fee

Jangan takut untuk hire agent. Ini perbelanjaan yang dibenarkan untuk di tolak.

🎯 Surveyor fee.

🎯 Valuer fee.

🎯 Legal fee.

🎯 Accountant fee (jika terlibat).

🎯 Stamp duty.

🎯 Kos pengiklanan untuk mendapatkan pembeli.

.

Transaksi hartanah yang tidak dikenakan RPGT atau tidak tertakluk pada Real Property Tax Act 1976 :

🎯 Pindah milik antara suami isteri

🎯 Pindah milik kepada waris dari si mati.

🎯 Pindah milik dari individu kepada syarikat yang dimiliki.

🎯 Asset digunakan untuk cagaran hutang bank.

🎯 Pengambilan dari kerajaan.

🎯 Pelupusan hartanah untuk kebajikan.

.

Contoh (gambar) di bawah adalah pelupusan yang mengambil kira pengecualian dan tolakan yang di benarkan.

Harga jualan (-) Harga S n p = Untung Kasar.

Untung kasar Rm100k.
Rpgt rate untuk 2 tahun pertama 30%.
Rpgt yang dikenakan cuma Rm3k plus jer.
(JANGAN AMBIL BULAT - BULAT 30% × untung) ini persepsi yang salah.

.

Harga S n p tidak semestinya harga sebenar yang dibeli 😆.

.

Kesimpulannya : Jangan takut untuk dispose property kurang dari 5 tahun. Buat kira - kira dulu dan anggarkan cukai yang perlu dibayar.

Jika berbaloi, why not dispose??

<a class="_58cn" href="https://www.facebook.com/hashtag/silakanshare?source=feed_text" data-ft="" style="color: rgb(54, 88, 153); cursor: pointer; text-decoration-line: none; font-family: inherit;">#silakanshare

Comments